Sunday 10 June 2012

SEJARAH PENUBUHAN GALERI SEJARAH SMK LEDANG


Galeri Sejarah SMK Ledang tercetus dengan wujudnya Lorong Sejarah ketika di bawah pimpinan Tuan Pengetua Cik Hajah Aminah Binti Ahmad. Lorong Sejarah di bahagian gajah menyusu antara blok A dan blok B ini menelusuri sejarah kemerdekaan negara. Tuan Pengetua Encik Mohd Yusof Bin Md. Said pula menaik taraf Lorong Sejarah dengan mewujudkan sebuah Ruang Sejarah di blok A yang bertemakan Sejarah Sekolah. Kini, di bawah pengurusan Tuan Haji Mohd. Ibrahim Bin Adzrai, Pengetua SMK Ledang, idea Ruang Sejarah itu telah ditransformasikan menjadi sebuah bilik Galeri Sejarah.

Galeri Sejarah SMK Ledang bertemakan Sejarah Sekolah yang mengetengahkan perkembangan sejarah sekolah secara menyeluruh dalam aliran Sains dan Sastera serta kejayaannya melahirkan tokoh ternama dalam bidang perniagaan, pendidikan, kesenian, pentadbiran dan sebagai.

Tuesday 5 June 2012

Sejarah SMK Ledang

SMK Ledang ditubuhkan pada 1953. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Inggeris Ledang (SMILE) yang pada asalnya menumpang di Sekolah Rendah Ledang. Bangunan baru SMK Ledang yang pertama siap dibina pada 1963 mengandungi dua blok bilik darjah serta bilik pejabat pentadbiran, sebuah bilik Ekonomi Rumahtangga (ERT), sebuah makmal Sains dan sebuah kantin.

Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YAB En Mohd. Khir Johari pada 1965.

SMK Ledang mengambil nama sempena Gunung Ledang yang terletak di Daerah ini yang juga merupakan gunung tertinggi di Johor dan terkenal dengan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang. Gunung Ledang menjadi simbol keteguhan SMK Ledang selaras dengan moto sekolah ini, Bersusila Teguh Pendirian.

Sehingga kini, SMK Ledang telah ditadbir oleh tujuh orang pengetua dan mempunyai sebelas buah bangunan yang menempatkan bilik darjah, makmal, pejabat pentadbiran dan bilik-bilik khas. Selain itu, SMK Ledang memiliki sebuah dewan terbuka, kantin, surau dan makmal komputer.